Tampilkan postingan dengan label schoology. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label schoology. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Juni 2013

Perbandingan Edmodo, Learnboost dan Schoology

Di samping kebaikan, terdapat juga beberapa kelemahan penggunaan aplikasi Edmodo, Leanrboost dan Schoology sebagai sistem pengurusan pembelajaran. Edmodo misalnya, tidak mempunyai ciri chat dan juga blog. Ia juga sukar digunakan oleh pelajar yang muda mahupun yang berada di sekolah menengah kerana sistemnya yang tidak begitu sistematik dan teratur. Penggunaan Edmodo juga tidak dapat membantu guru untuk mengesan sama ada seseorang individu itu adalah betul-betul pelajar kelasnya. Pelajar juga mungkin boleh membuka akaun sebagai guru dan mengajak rakannya untuk menyertainya sebagai pelajar. Guru dan pelajar juga harus berwaspada andai kata ada orang yang cuba memuat naik bahan yang tidak sesuai dengan isi pembelajaran dan juga scam.  image

Antara kelemahan Schoology pula adalah pelajar perlu mengemaskini status setiap masa. Adakalanya pelajar berpotensi salah faham terhadap apa yang dimuat naik oleh guru terutamanya soalan yang melibatkan perbincangan. Kehendak guru bagi soalan yang dikemukakan oleh guru mungkin berbeza berbanding apa yang ditafsir oleh pelajar. Selain itu, pembaziran masa banyak berlaku disebabkan oleh aplikasi add-on. Pelajar juga berkemungkinan menggunakan bahasa yang kurang sopan mahupun kurang sesuai semasa perbincangan dan memuat naik bahan mahupun gambar yang tidak relevan.

Kekurangan yang ada pada aplikasi Learnboost adalah lebih kurang sama dengan Schoology. Bezanya, melalui aplikasi Learnboost, pelajar tidak dapat memuat naik gambarnya dan memilih latar belakang menarik seperti yang terdapat pada Schoology. Walaupun Learnboost ini mempunyai ciri penting seperti kehadiran pelajar namun, pembelajaran menggunakan Learnboost adalah juga bertujuan untuk membantu pelajar yang tidak dapat hadir di dalam kelas. Jadi, objektif guru memastikan kehadiran setiap pelajar hadir semasa kelas sukar dicapai.

Antara ketiga-tiganya, Schoology lebih sesuai digunakan oleh guru dan pelajar di pelbagai peringkat umur. Ini disebabkan ia mudah difahami dengan pengurusan yang lebih sistematik dan mempunyai ciri seolah-olah berada dalam kelas yang sebenar. Tambahan pula, ia memudahkan guru dalam proses pengajaran termasuklah memuat naik tugasan, nota dan kuiz. Guru dan pelajar haruslah memanfaatkan sepenuhnya ciri yang ada dalam sistem pembelajaran seperti apikasiSchoology ini. Walau bagaimanapun, aplikasi seperti Edmodo dan Learnboost juga boleh digunakan oleh guru mengikut kesesuaian dan keselesaan. Namun, guru dan pelajar juga harus sedar akan keburukannya dan sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang timbul. image

Apatah lagi, ketiga-tiga aplikasi ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang sama. Antaranya ialah pelajar yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan maklumat kerana sukar untuk menyesuaikan diri dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan. Selain itu, ketiga-tiga aplikasi ini memerlukan kemudahan dan jaringan internet yang menyeluruh dan aktif. Selain itu, ia memerlukan kesedaran pelajar untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran di mana pelajar ada kalanya tidak semua pelajar memberikan komitmen terutamanya semasa perbincangan. Ia juga tidak dapat digunakan secara menyeluruh kerana tidak semua pelajar memiliki komputer terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

BACA SELENGKAPNYA »

Sabtu, 15 Juni 2013

Aplikasi Schoology dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Schoology merupakan salah satu laman web yang berbentuk web sosial yang mana ia menawarkan pembelajaran sama seperti di dalam kelas secara percuma dan mudah digunakan seperti Facebook. Melalui Schoology, pengurusan pembelajaran amat mudah. Schoology juga hampir sama fungsinya dengan laman web yang lain seperti WebCT and Blackboard dan di dalamnya, ia menawarkan guru untuk memuat naik segala kerja kursus yang penting serta bahan pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar dalam matapelajaran mereka. Schoology boleh dilayari melalui laman sesawang www.schoology.com.

Bagaimana guru boleh menggunakan Schoology?

Guru hanya perlu mendaftar akaun sebagai guru dan pelajar pula mendaftar sebagai pelajar. Melalui Schoology, guru seolah-olah berada dalam suasana kelas yang sebenar di mana kandungan Schoology ini adalah sistematik dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Latar belakangnya juga boleh diubahsuai mengikut cita rasa masing-masing. Guru juga boleh membina graf untuk aktiviti pengguna dan mengetahui bahagian mana aplikasi yang banyak sekali dimanfaatkan oleh pelajar. Guru juga boleh membentuk page ataupun kumpulan yang berbeza bagi setiap projek/ tugasan yang berbeza. Guru juga boleh memuat naik nota dan bahan pmbelajaran dan menyusunnya menjadi lebih teratur dan sistematik. Guru juga boleh menyediakan medan perbincangan ataupun lounge bagi memudahkan perbincangan dengan ibu bapa. image

Aplikasi Schoology dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan menggunakan Schoology, guru dapat mengasah minda pelajar-pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Teori kognitif secara langsung terlibat dalam penggunaan Schoology ini. Dengan memberikan latihan kepada pelajar-pelajar tersebut, mereka akan berfikir mengenai jawapan bagi soalan tersebut. Kemudian mereka akan berbincang sesama sendiri dan bebas memberikan pendapat serta jawapan mengenai persoalan tersebut. Di akhir pembelajaran, guru boleh menambah baik jawapan yang diutarakan oleh pelajar agar semua pelajar yang berbincang dalam Schoology tadi mendapat maklumat yang sahih dan terkini.

Schoology juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah di sekolah melalui komunikasi. Setiap guru disediakandenganprofildi manapelajar dan ibu bapaboleh menghantar komen atau soalan pada hala manguruatau melalui mesej secara langsung. Dalam format ini, guru boleh menyampaikan mesej penting segera kepada ibu bapa,individu atau semua ibu bapa pelajar di dalam satu-satu kelas. Ibu bapa kemudiannya boleh membalas mesej ini, membincangkan, atau bertanya soalan tentang mesej-mesej yang diutarakan oleh guru memlalui web ini. Oleh kerana sistem ini adalah berasaskan web, maka mesej dan profil boleh diakses dari mana-mana sahaja dengan sambungan internet dan pada bila-bila masa.

Setiap pelajar disediakan dengan profil di mana rakan sekelas boleh menghantar soalan mereka ke dalam jaringan Schoology dan rakan-rakan mereka berbincang jawapan serta berkongsi idea bagi soalan-soalan tersebut. Selain itu, guru mempunyai pilihan untuk melampirkan soalan-soalan perbincangan berkaitan dengan pembelajaran dan membenarkan pelajar untuk bertanya soalan dan menerima bantuan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selain itu, pelajar diberi peluang untuk meluahkan pendapat mereka dan juga pemikiran pelajar-pelajar lain turut dapat dikongsi bersama. Ini mengajar pelajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan betul serta bagaimana menghormati pendapat dan idea-idea lain. Dengan menawarkan kumpulan perbincangan kepada pelajar yang berada di rumah, ini dapat menjimatkan masa di dalam kelas, dalam masa yang sama guru boleh mengajar kemahiran ini penting kepada mereka.

Kelebihan penggunaan Schoology dalam pendidikan.

Schoology membolehkan guru-guru untuk melanjutkan pembelajaran pelajar mereka di luar bilik darjah. Ia menghubungkan rangkaian sosial pelajar dengan rangkaian sistem pembelajaran. Schoology membantu guru menyediakan peluang kepada pelajar kedalam persekitaran dalam talian untuk mengambil bahagian dalam perbincangan,projek kumpulan,dan meningkatkan keupayaan guru dan kesediaan untuk berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain di samping menyelesaikan sebarang kemuskilan yang timbul tentang pemahaman sesuatu topik pembelajaran. Selain itu, Schoology juga mempunyai banyak ciri dan fungsi yang pelbagai dan menarik untuk dimanfaatkan oleh pelajar. Apatah lagi, ia disokong oleh pelbagai bentuk media seperti video, audio dan imej yang boleh menarik minat pelajar. Ia menggalakkan pelajar mengaplikasikan penggunaan tekonologi dalam pembelajaran. Melalui Schoology, pelajar juga mempelajari bagaimana hendak memuat naik klip YouTube, imej dan memberi komen dan pandangan terhadap pernyataan orang lain.

BACA SELENGKAPNYA »

Artikel Favorit