Tampilkan postingan dengan label kelas learnboost. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kelas learnboost. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Juni 2013

Aplikasi Gratis Learnboost dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Learnboost adalah salah satu laman web yang digunakan untuk mengurus bilik darjah dengan menggunakan amazing gradebook,software untuk mengurus dan merangka rancangan
pengajaran harian, pengambilan kehadiran pelajar, jadual pengajaran dan pembelajaran, penggunaan Google Apps termasuk calendar dan sebagainya. Ianya juga boleh digunakan
dalam rangkaian sosial seperti Twitter dan Skype. Ia boleh dilayari di laman web https://www.learnboost.com/ 

image

Bagaimana guru menggunakan Learnboost?

Terdapat empat cara menggunakan Learnboost yaitu:

a) Pendaftaran

Seorang guru boleh mendaftar dengan menggunakan Admin Dashboard. Email yang sedia ada boleh digunakan serta pendaftaran dilakukan dengan Google Apps apabila mencipta Learnboosthome page. Di dalam Learnboost juga, guru boleh menyusun tempat duduk siswa yang dinamik

b) Pembahagian tugas

Seorang guru boleh membahagikan tugasan kepada siswa melalui Learnboost. Alat-alat seperti navigation digunakan untuk melayari. siswa dapat mencapai tugasan yang dimuat naik oleh guru mereka. Penggunaan Learnboost membolehkan kesemua tugasan disusun mengikut keutamaan seperti tugasan, kuiz dan peperiksaan.

c) Import

Selain daripada siswa yang diajar, guru juga boleh mengimport pengguna lain daripada
Google untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat yang terkini dengan pelajar. Ini
bagi perkongsian pengetahuan daripada guru kepada siswa atau siswa kepada guru.

Tugas-tugas yang dimuat turun oleh guru boleh dicapai oleh siswa dengan mudah dan siswa boleh memberikan pandangan kepada soalan yang diberikan.

d) Perkongsian maklumat

Selepas guru mengimport siswa dari Admin Dashboard,Learnboost akan menghantar email dan informasi bagaimana untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Arahan boleh dicapai pada Google Universal Navigation Bar bagi mencipta satu akaunLearnboost.

Aplikasi Learnboost dalam pengajaran dan pembelajaran

Salah satu aplikasi Learnboost kepada guru adalah pengendalian tugasan. Learnboost membantu guru-guru melakukan streamlined gradebook iaitu untuk merekodkan gred-gred siswa berdasarkan kepada keputusan penilaian atau pun tugasan yang diberikan. Laporan pencapaian siswa boleh dipersembahkan dalam bentuk carta yang kelihatan lebih menarik. Seorang guru boleh merangka rancangan pengajaran harian yang akan digunakan dalam pengajarannya seharian. Selain itu juga guru boleh membuat jadual pengajaran dan memuat turunkan dalam Learnboost bagi semua pelajar. Jadual pembelajaran adalah fleksibel. Segala perbincangan dan pandangan yang diutarakan oleh guru mahupun siswa adalah dijamin selamat kerana terdapat SSL dapat meninjau keluar masuk akaun.

Meredith (2011) menyatakan pembelajaran secara talian membolehkan siswa melibatkan diri dalam membuat perbincangan pembelajaran secara individu dengan memberi
respond atau pandangan masing-masing terhadap tugasan yang diberikan oleh guru mereka. Walaupun siswa berada pada jarak yang dekat atau jauh tetapi pengajaran dan pembelajaran yang tetap diadakan oleh guru mereka. Secara tidak langsung, siswa mempelajari pengurusan masa yang baik apabila guru menetapkan masa kelas dalam talian diadakan dan penghantaran tugasan pelajar. Ini juga membantu siswa berkongsi maklumat dengan siswa lain apabila perbincangan sedang diadakan. Perkongsian bahan, sumber, buku, jurnal, blog dan pelbagai pautan banyak membantu siswa meluaskan pengetahuan mereka. Oleh itu, siswa dapat menggunakan Learnboost sebagai salah satu pembelajaran mereka walau di mana saja mereka berada.

Kelebihan penggunaan Learnboost dalam pendidikan

Menurut Meredith (2011), Learnboost membantu siswa menanam sifat berdikari. Ini kerana siswa akan belajar dengan sendirinya untuk melihat nota-nota yang dimuat turun oleh
guru mereka pada bila-bila masa. siswa akan belajar dengan sendiri kerana siswa dapat meneroka dengan teliti dan mencari maklumat lain bagi tujuan pembelajaran. Selain itu,
Learnboost juga dapat membantu siswa yang banyak ketinggalan di dalam kelas. Ini bukan sahaja membantu siswa malah juga banyak membantu guru-guru menjalankan kelas seperti biasa walaupun terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. Guru dapat memberi tugasan atau aktiviti perbincangan kepada siswa tanpa perlu membatalkan kelas. siswa dapat membuat perbincangan bersama rakan mereka walaupun berada pada jarak yang jauh. Hal ini juga membantu siswa berkongsi maklumat, pautan blog untuk mendapatkan maklumat dan informasi dalam pembelajaran.

Meredith (2011) juga menerangkan Learnboost membantu menjimatkan masa. siswa yang mempunyai masalah pertindihan jadual dapat diselesaikan dengan pembelajaran secara talian. siswa dapat mengambil subjek tersebut dengan siswa lain secara talian dan ini tidak mengganggu kehadiran pelajar. Ini juga membantu siswa menjimatkan kos perbelanjaan kerana siswa tidak perlu menunggu semester lain untuk mendaftar subjek berkenaan. Tambahan pula, guru juga dapat menjimatkan masa. Seorang guru tidak perlu mengadakan kelas yang mempunyai bilangan siswa yang terlalu sedikit. Oleh yang demikian, siswa dapat tugasan yang sama dan adil dengan siswa yang lain.

BACA SELENGKAPNYA »

Artikel Favorit