Sejarah Edmodo bermula sekitar akhir tahun 2008, di mana Nic Borg dan Jeff O’Hara percaya bahawa suasana persekolahan perlu diperkembangkan untuk menggambarkan perkaitan dalam dunia yang didiami, dibina untuk mencipta satu perkara baru berkait rapat dengan jurang antara bagaimana pelajar menjalani kehidupan mereka dan bagaimana mereka belajar di sekolah. Setakat ini, Edmodo telah menghubungkan lebih daripada 125,000,000 guru dan pelajar dalam dunia sejagat.
Apa itu Edmodo?
Edmodo merupakan jejaring sosial yang bebas dan selamat digunakan oleh guru, pelajar dan juga sekolah untuk pembelajaran yang berasaskan Learning Management System (LMS).
Edmodo berfungsi sebagai sebuah laman yang telah dibangunkan khusus bagi aktiviti pembelajaran secara online sahaja. Edmodo menggalakkan suasana pembelajaran yang
pelbagai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan memberi kemudahan bagi guru dan pelajar sebuah tempat yang aman dan selesa untuk berkomunikasi, bekerjasama, berkongsi kandungan dan aplikasi pembelajaran, kerja rumah bagi pelajar, perbincangan dalam kelas maya, ulangan secara atas talian, nilai dan banyak lagi yang lain. Hakikatnya Edmodo menyediakan semua yang boleh kita lakukan di kelas bersama pelajar dalam kegiatan pembelajaran yeng efektif ditambah lagi dengan kemudahan bagi ibu bapa agar dapat
memantau semua aktiviti anaknya di Edmodo dengan menggunakan “parent code”. Tambahan pula, Edmodo boleh dilayari dengan mudah melalui telefon bimbit. Edmodo juga bermatlamat untuk membantu para pengajar memanfaatkan media sosial dengan mengurangkan penggunaan ruangan bilik darjah.
Bagaimana guru boleh menggunakan Edmodo?
Guru boleh menggunakan Edmodo untuk berkomunikasi dengan pelajar kelasnya mengikut subjek. Setelah mencipta akaun sebagai guru di Edmodo, guru akan menerima kod
dan kod tersebut digunakan oleh pelajarnya untuk mengaktifkan akaun sebagai pelajar bagi subjek tersebut. Melalui Edmodo, guru boleh memuat naik info terkini berkenaan kelas dan juga nota bagi tujuan pembelajaran. Guru juga boleh memuatkan tugasan yang boleh diletakkan tempoh tamat bagi memastikan pelajarnya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Guru juga boleh menerima terus jawapan pelajar dan memberi gred sebaik sahaja tugasan
disemak. Guru juga boleh mengemukakan topik yang ingin dibincangkan bagi memudahkan pelajar dan guru saling berinteraksi. Selain itu, bahan-bahan juga boleh dimuatkan oleh guru dalam ruangan perpustakaan.Semasa menonton video yang berkaitan tentang sesuatu topik pengajaran misalnya, guru dan pelajar boleh memberi pandangan mahupun komen tentang ulasan video tersebut melalui Edmodo.
Aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan Edmodo sangat berkesan terhadap guru dan pelajar. Contohnya jika seseorang guru mempunyai tugasan luar dan tidak dapat bersemuka dengan pelajarnya, atau
seorang guru itu sedang berada di luar negara, Edmodo akan membolehkan guru tersebut menyebarkan mesej, tajuk-tajuk perbincangan dalam bilik darjah, memberi tugasan serta nota kepada pelajar. serta gred untuk setiap tugasan kepada pelajar. Pendek kata setiap tugasan akan di muat naik oleh guru dan dibincangkan bersama pelajar. Pada masa yang sama juga para pelajar akan memuatnaik jawapan masing-masing kepada guru. Jadi, guru dapat menilai jawapan para pelajar dan memberikan gred untuk setiap tugasan pelajar secara atas talian. Guru juga dapat menganugerahkan lencana kepada pelajar yang sentiasa aktif berkomunikasi dan memberikan respon yang positif terhadap pembelajaran yang dilakukan dalam Edmodo. Secara tidak langsung pelajar diberikan penghargaan secara terus tanpa perlu menunggu keputusan ujian akhir.
Edmodo merupakan satu jejaring sosial berbentuk pembelajaran yang banyak membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan menggunakan teknologi maklumat. Laman web Edmodo berfungsi sama seperti laman sosial yang lain seperti “Facebook” dan “Twitter” tetapi Edmodo lebih menekankan aspek pembelajaran secara maya. Penggunaan Edmodo adalah mudah dan percuma. Guru hanya perlu mendaftar sebagai guru dan mewujudkan sebuah kelas yang dikhaskan untuk pelajar bagi memudahkan komunikasi secara maya. Pelajar kemudiannya akan mendaftar sebagai pelajar dan memasuki ruangan yang telah dikhaskan untuk mereka dengan mendaftarkan kod ruangan yang telah diberi. Selain itu, ibu bapa juga diberikan kod khas bagi membolehkan mereka memantau perkembangan akademik anak masing-masing di dlaam kelas yang telah didaftarkan.
Pembelajaran berasaskan laman web seperti Edmodo ini amat baik serta berkesan terhadap pelajar kerana mereka mampu membina pengetahuan baru dan bermanfaat kepada diri sendiri. Dengan penglibatan pelajar dalam laman sosial berkenaan akan membuat pelajar terlibat secara aktif dan dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep
dengan mengaitkan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk dan dapat meningkatkan
kemahiran sosialnya dengan bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berkomunikasi dengan aktif dengan rakan dan
guru dalam membina pengetahuan mereka. Penggunaan Edmodo juga memungkinkan pembelajaran secara “hands-on” dan “minds-on” di mana pelajar boleh bertukar-tukar
maklumat dengan guru mahupun sesame rakan pelajar yang lain. Manakala guru sebagai fasilitator yang akan membimbing pelajar memperoleh pengetahuan, menjadi sumber pelajar dalam memberi bimbingan dan komen. Selain itu, penggunaan Edmodo boleh menguji kemahiran menulis pelajar. Ia boleh dilihat melalui tugasan yang diberi dalam bentuk individu mahupun berkumpulan dalam bentuk tugasan penulisan ilmiah.
Seperti juga sistem e-pembelajaran yang lain, penggunaan Edmodo sangat mudah dengan sejumlah kefungsian yang disediakan mengikut pedagogi pilihan. Fail-fail berbentuk audio dan video dapat dimuatnaik dan dapat dikongsi bersama pelajar dan pengajar. Guru dan pelajar dapat membuat ulasan dan memberi komen terhadap dokumen yang telah imuatnaik atau dokumen yang telah dihantar. Guru dan pelajar juga boleh memanfaatkan ciri-ciri lain yang terdapat di Edmodo seperti kemudahan kalendar, gred, perpustakaan, sumber pembelajaran, penambahan sub kumpulan dan sebagainya.
Kelebihan penggunaan Edmodo dalam pendidikan
Antara kelebihan penggunaan Edmodo ialah ia dapat diakses oleh guru, pelajar dan ibu bapa tanpa mengira tempat dan masa dan merupakan satu platform pembelajaran yang
selamat. Ini memudahkan pelajar dan guru menggunakan ruang waktu dan keselesaan mereka sendiri. Selain itu, guru dan pelajar boleh berkomunikasi secara maya. Guru boleh memberi tugasan kepada pelajar dengan memberi satu tarikh akhir untuk tugasan tersebut. Oleh itu,pelajar boleh menggunakan masa sendiri asalkan dapat menghantar tugasan tersebut sebelum tarikh akhir. Guru dan pelajar juga dapat berkongsi maklumat. Selain itu, ibu bapa juga dapat memantau perkembangan dan hasil kerja anak-anak secara maya tanpa berjumpa dengan guru. Melalui Edmodo juga kos peralatan seperti penggunaan buku, kertas dan alat tulis dapat dikurangkan.
Dan kami sangat berterimakasih, kepada anda yang telah meninggalkan komentarnya dibawah ini.
0 komentar:
Posting Komentar